Friday, April 8, 2011

Gunting Dalam Perut

Sebilah gunting besar tertinggal di dalam perut seorang wanita, Veronika Cruz selama tiga tahun selepas dia menjalani pembedahan di SAO PAULO, Brazil

Gunting itu tertinggal semasa dia menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya di sebuah hospital di sini.

gunting-dalam-perut


Selepas pembedahan itu, dia mengadu terdapat sesuatu dalam perutnya sehingga mengakibatkan dia pengsan namun beberapa doktor menafikan dakwaan Cruz.

Namun, selepas ujian sinar X menunjukkan gunting tersebut, Majlis Perubatan Sao Paulo berjanji akan melakukan siasatan

Sunday, April 3, 2011

Perut Buncit Boleh Buta

Siapa yang rasa dirinya perut dah maju ke hadapan bolehla beringat sikit time melantak tu.
perut-buncit




Lelaki yang mempunyai masalah perut buncit pada lingkungan umur pertengahan boleh meningkatkan risiko golongan itu untuk menjadi buta seiring dengan peningkatan usia mereka, menurut satu kajian.

Walaupun hanya pertambahan saiz pinggang yang kecil, ia tetap meningkatkan risiko sehingga 75 peratus untuk mereka menghidapi masalah penglihatan.

Bagaimanapun, kajian mendapati golongan wanita pula tidak termasuk dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit seperti itu.

Ia adalah disebabkan hormon estrogen yang dimiliki oleh golongan wanita yang mana kandungan lemak pada perut mereka bertindak membebaskan hormon itu ke dalam sistem tubuh.

Terdahulu, penyelidik di Universiti Melbourne melakukan pemerhatian terhadap perubahan saiz pinggang seramai lebih daripada 21,000 lelaki dan wanita, berumur antara 40 dan 69 selama beberapa tahun bagi mengesan jumlah dan kebarangkalian mereka untuk menghidapi penyakit berkaitan masalah penglihatan atau menjadi buta. 

Sumber: Sinar Harian

Free Backlink
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More