Sunday, March 20, 2011

piring terbang Iran

Kalau terlihat piring terbang dekat mana-mana sekarang jangan takut, kerana sekarang piring terbang bukan datang dari angkasa atau U.F.O lagi. Iran sekarang sudah maju setapak lagi ke hadapan dalam teknologi angkasa lepas.
Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.


piring-terbang

Sumber: Kosmo
Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.

Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an.

Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.

"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat.

"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA.

Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat.

Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.

Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.

Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu

Friday, March 18, 2011

Jutawan Gila Pecah Lamborghini Sendiri

Kalau dah kaya, macam-macam perkara gila yang boleh dibuat.Contohnya Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.
kereta mewah pecah


Sapa yang rasa kepalanya dah tak betul bolehlah meniru aksi ini.Kalau kita la, kalau kereta kena calar sikit pun kecoh bagai nak rak, inikan pula siap upah tolong kemekkan kereta harga berjuta.Tetapi mengikut sumber, jutawan tersebut sebenarnya bengang dengan pihak perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.Jadi bila dah bengang kereta asyik rosak, beliau merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia.

Thursday, March 17, 2011

Harga Spare Part Kereta Akan Murah??



Agak-agak korang la harga sparepart kereta selepas ni akan murah tak? terutama kereta buatan jepun,lebih-lebih lagi sapa-sapa yang nakkan sparepart model Nissan bolehlah booking awal-awal. Gambar yang di atas menunjukkan keadaan kereta Nissan dan Infiniti yang sedia nak di hantar untuk jualan telah disapu bersih oleh tsunami yang lalu melibatkan 1,300 unit model Infiniti dan 2300 model Nissan.Kereta-kereta ini dah nampak macam mainan. Kilang ini terletak di Tochigi Prefecture, Utsunomiya.

Wednesday, March 16, 2011

Karikatur Ultraman Bharian dikecam

Pelik dengan sesetengah pihak di Malaysia kita.Semasa kita patut bersimpati dengan bencana yang menimpa,sesetengah pihak menganggap kejadian Tsunami yang berlaku di Jepun sebagai lawak jenaka.Terbaru Bharian menyiarkan Karikatur yang tidak patut sama sekali disiarkan pada waktu ini Kalau diikutkan hati mau tergelak juga tengok Ultraman pun lari selamatkan diri semasa tsunami tempoh ari. Bharian menyiarkan karikatur yang seolah mempersendakan tsunami yang baru berlaku di Jepun, bagaimana pun telah meminta maaf diatas penyiaran karikatur tersebut.

Monday, March 14, 2011

Jepun mungkin sudah tidak selamat

Pihak berkuasa Jepun melaporkan, kadar radiasi didapati telah melepasi had yang dibenarkan di loji Fukushima Daiichi 1, 240 kilometer dari utara Tokyo kesan daripada gempa bumi yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut beberapa pegawai, penemuan tersebut sekali gus meningkatkan kebimbangan akan berlaku kebocoran radiasi dan kemungkinan berlaku kecairan teras loji nuklear.
Agensi Nuklear Jepun melaporkan bahawa bilangan orang yang terdedah akibat radiasi itu mungkin meningkat kepada 160 orang.


Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di loji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear. Gempa bumi magnitud 8.9 melanda Jepun Jumaat lalu menimbulkan kecemasan pada loji terbabit yang meletup kelmarin sehingga memaksa perpindahan di kawasan sekitar.

Pekerja cuba menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor dalam usaha untuk menghalang bencana radioaktif selepas gempa merosakkan sistem penyejukan loji terbabit.

sumber: Bharian dan Kosmo

Free Backlink
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More