Friday, March 11, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Gempa bumi yang dasyat berukuran 8.9 skala Richter melanda Jepun pada 14:46 pm (0546 GMT) dan mengakibatkan tsunami yang besar.Gempa yang berpusat Honshu island dan Tokyo mengakibatkan banyak kematian. Dilaporkan Ombak setinggi 10 meter (13 kaki) melanda bandar Sendai, Jepun dan kawasan pesisir pantai.
Gempa yang pertama menggegarkan kira 400km dari utara Tokyo kemudian di ikuti lebih sedozen gempa susulan.Jutaan Rakyat yang menggunakan Keretapi bawah tanah telah terperangkap. 4 loji nuklear milik Jepun juga selamat ditutup semasa kejadian mengakibatkan jutaan rakyat kehilangan tenaga elektrik.
Gempa bumi ini adalah yang terbesar pernah berlaku di Jepun. Dalam sejarah gempa bumi ini adalah ke-7 terkuat pernah berlaku di dunia sejak 1900.
Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang besar. Di beberapa lokasi di sepanjang pantai tayangan televisyen menunjukkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Agensi meteorologi telah mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasifik seluruh Jepun. Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan amaran kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

Antara gambar yang boleh menggambarkan Dasyatnya Gempa yang berlaku







Thursday, March 10, 2011

Kereta nasional menang anugerah

Bangga betul bagi sesiapa yang menggunakan kereta keluaran Malaysia, 2 buah kereta keluaran negara telah mendapat pengiktirafan peringkat Asia sempena anugerah Asian Auto Fuel Efficiency 2010 yang dianjurkan majalah automatif negara, Asia Auto. Walaupun saingan sengit dari model kenderaan yang turut serta iaitu Hyundai, Naza, Chevrolet, Toyota, Suzuki, Skoda, Mercedes, BMW, Ferrari, Porsche, Volvo, Lotus, Nissan, dan banyak lagi.
Dua model kenderaan itu adalah Perodua MyVi yang menduduki tempat ketiga bagi kategori kereta kompak dengan penjimatan penggunaan sebanyak 6.2 liter bagi 100 kilometer (km).


Perdua MyVi ditewaskan Hyundai i10 yang menggunakan 5 liter untuk 100 km dan Suzuki Alto, 5.05 liter.
Proton Inspira 1.8 manual pula menduduki tempat kedua bagi kategori Family Cars yang memerlukan 6.3 liter untuk 100km. Honda City pula muncul di tempat pertama dengan penggunaan 6.1 liter dan tempat ketiga Nisan Latio Sedan 1.6 dengan penggunaan bahan api sehingga 7.1 liter untuk 100km.

Pemenang Anugerah mengikut kategori:

Compact City Cars:

1. Hyundai i10- 5 liters/100km

2. Suzuki Alto- 5.05 liters/100km

3. Perodua Myvi- 6.2 liters/100km

Compact Premium City Cars:

1. Volkswagen Polo 1.2 TSI- 5.8 liters/100km

2. Mini Cooper R56- 5.9 liters/100km

3. Alfa Romeo Mito- 6.1 liters/100km

Family Cars

1. Honda City- 6.1 liters/100km

2. Proton Inspira 1.8 manual- 6.3 liters/100km

3. Nissan Latio Sedan 1.6- 7.1 liters/100km

Budak terumbu karang di China

Kalau selak-selak paper hari ini,mesti tengok gambar budak yang kulitnya macam terumbu karang.Kisah penyakit kulit ganjil yang dihidapi oleh sorang budak 4 tahun sehingga digelar budak terumbu karang.
Artikel dari Harian Kosmo:
BEIJING - Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam.


Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.

Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.

Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.

Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.

Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.

Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Kelayakan Olimpik- Malaysia Ikat Pakistan 0-0

Akhirnya Malaysia dapat melangkah ke pusingan ke-2 kelayakan Pra-Olimpik Asia. Malaysia yang berbekalkan 2 gol semasa perlawanan tempoh hari di Stadium Shah Alam terikat 0-0 dengan Pakistan di Punjab Stadium in Lahore, Pakistan.Pakistan yang bermain dengan baik terpaksa akur dengan kehebatan Malaysia Walaupun rata-rata peminat tanahair kecewa dengan siaran langsung yang dibatalkan saat akhir.



p/s: penat menunggu nak tengok bola

Wednesday, March 9, 2011

Anjing pun ada Facebook?

Anjing pun ada Facebook?..tapi ni bukan sebarang anjing, anjing kepada tokey Facebook sendiri,dah Facebook dia yang punya, sukahati dia la nak buka akaun untuk sapa pun, sapa-sapa yang nak berkenalan dengan anjing ni boleh la add 'Cilla' sendiri.

Petikan dari Kosmo:
PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Mark Zuckerberg berdiri bersama kekasihnya, Pricilla Chan yang mendukung seekor anjing di rumah mereka di Palo Alto, California.


Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan.

Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut

Hikayat Merong Mahawangsa

Apa yang kita harapkan cerita yang terbaru ini? Haha tak payah expact to much macam cerita hollywood..sebabnya kita still lagi jauh nak compare kan dengan diorang..tapi bagi saya pengarah Malaysia dah hampir ke arah tu kot? Contoh terdekat macam cerita nih. Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.



sinopsis:
Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Kura-Kura kepala dua

BENTUK belakang seekor kura-kura yang mempunyai dua kepala yang dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam. Apa yang peliknya kura-kura ni berkepala dua.


Seekor kura-kura kecil daripada spesies Geochelone sulcata yang mempunyai dua kepala dan lima kaki dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam.

Kura-kura yang berusia tujuh minggu itu dilahirkan di Slovakia dan diberi dua nama, Magda untuk kepala kiri dan Lenka untuk kepala kanan.
P/S: Kura-Kura kembar Siang?

Tuesday, March 8, 2011

M. Nasir meninggal dunia?



M.nasir meninggal dunia? sakit apa? eksiden ker?...pasti semua terkejut bila mendengar berita ini.hahaha...semua tu hanya khabar angin, Isteri beliau Marlia Musa manafikan mengenai khabar angin mengatakan artis M.Nasir telah meninggal dunia. Rupanya ada seorang lain yang namanya sama seperti nya telah meninggal dunia dan terus ia dikaitkan dengan seniman berbakat M.Nasir.Orang sebenar yang meninggal dunia adalah imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Kyai Muchtar Nasir,ataupun nama singkatan beliau M.Nasir Isnin kelmarin, pukul 18.30 waktu Jakarta. Imam besar Masjid Istiqlal sejak 15 Februari 1985 lagi.Almarhum telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta, setelah menjalani rawatan berbagai jenis penyakit yang telah dideritainya. Jadi sahihla bukan M.Nasir Malaysia yang meninggal dunia.

CICAK TOKEK TIDAK BOLEH SEMBUH AIDS/HIV !!!

Jangan tertipu dengan Cerita Cicak Gecko atupun Cicak Tokek penyembuh HIV dan AIDS!!.
Kalau benar cicak ni boleh menjadi penyembuh, mana buktinya?. Setakat ni tiada lagi mana-mana pihak menunjukkan bukti yang air liur cicak tokek ini betul-betul boleh dibuat ubat. kalau tak percaya, cuba search aje dekat google, yahoo, Bing, atau mana-mana website yang ada menyatakan bagaimana air liur cicak tokek ini dibuat ubat HIV..
Apakah Hiv dan AIDS? "Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh).
LEPASKANLA CICAK TOKEK@GECKO KE TEMPAT HABITAT ASALNYA !!!


JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA YANG MENGARUT DI PASARAN ...


TOKEK TIDAK BOLEH SEMBUH AIDS/HIV !!!

Monday, March 7, 2011

Facebook Akan Ditutup 15 Mac?



Cakap-cakap tentang kononnya Facebook akan ditutup pada 15mac adakah benar?. Itu semuanya tipu semata-mata. Hanya Khabar angin kononnya Mark Zuckerberg dah bosan dengan Facebook.Kepada pemegang akaun Facebook, tak payahla cari alternatif lain untuk laman sosial bila Facebook dah tutup. Kepada kira-kira 500 juta akaun Facebook yang aktif, buka mata tengok jika Mark Zuckerberg akan biarkan aset beliau yang kini dah mencecah 50 billion terbenam begitu saja. Kepada facebook fans jangan runsing, Nampak gaya Facebook tidak akan ditutup dalam masa yang terdekat ini, bahkan dibuka sampai bila-bila..

25 tempat paling menarik untuk dilawati

Pernahkah sapa-sapa berangan untuk pergi melancong ke satu tempat yang menarik di dunia ini?..semua orang ada impian masing-masing. Disini ada 25 tempat seluruh dunia yang cantik dan menarik memang patut dilawati walaupun sekali seumur hidup.

Grand Canyon:
Canadian Rockies
Great Barrier Reef: world’s largest coral reef ecosystem. Tempat yang paling menarik terletak Di Australia.
Florida:tempat yang terkenal dengan theme parks, sea world, universal studios, Disney world

Chichen Itza:Bandar bersejarah Mexico
Cape Town: Benua Afrika

Canadian Rockies
Tembok Besar China
Hawaii
Sydney
Petra: Bandar Nabataean selatan Jordan
Paris
Air Terjun Niagara
New York
Maldives
Machu Picchu
Taj Mahal
The South Island of-New-Zealand

Uluru:@Ayers Rock in Australia
Air Terjun Victoria Africa
Venice
Yosemite National Park; Pergunungan Sierra Nevada U.S

Iklan lucu

Antara iklan-iklan lucu seluruh dunia



Kentang Pringless dengan rasa Hot & Spicy rasa pedasnya membuatkan lidah terasa terbakar^^


Inilah jadinya jika Anda terlalu megidam dan berangan nak pakai motor Harley Davidson

Kecoh susu Baby Gaga

Baru bulan lepas kecoh pasal aiskrim dari susu badan, sekarang kecoh pula Lady Gaga marah pasal ais krim tu dinamakan nak sama macam nama dia..padahal bukannya pakai susu badan dia kan?.nama Gaga jer ada kat belakang tu..

Petikan dari Harian Metro:

LONDON: Peguam Lady Gaga mengancam mengemukakan saman terhadap pengeluar ais krim diperbuat daripada susu badan, Baby Gaga, semalam.
Berdasarkan dokumen disediakan peguam penyanyi berasal dari New York, restoran The Icecreamists Limited yang beroperasi di London, Britain, diberi tempoh sehingga 12 tengah malam Khamis ini untuk pengeluar produk itu menukar jenamanya jika enggan disaman.



Menurut peguam Lady Gaga, restoran di Covent Garden itu juga dikehendaki ‘berhenti mengaitkan’ apa saja produk mereka dengan penyanyi terbabit.
Dalam dokumen berkenaan, The Icecreamists Limited didakwa mengambil kesempatan dan meniru identiti Lady Gaga (gambar) secara amat provokatif dan - bagi kebanyakan orang - menjijikkan.

Ais krim Baby Gaga mendapat sambutan hangat apabila ia mula dipasarkan pengeluar terbabit.

Fasa pertama produk itu - dihasilkan menggunakan susu diperah daripada 15 wanita yang menyahut tawaran The Icecreamists Limited dalam iklan - dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa hari saja.
Susu itu dijual pada harga �14 (RM69) dan dihidangkan pelayan wanita menggunakan pakaian menjolok mata - sesuai dengan imej Lady Gaga.

Bagaimanapun, penjualan Baby Gaga digantung sementara selepas pihak berkuasa tempatan merampas ais krim berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keselamatan. - AFP

Sunday, March 6, 2011

Facebook login versi kelate

Taukah anda Facebook ada sedara dekat Malaysia?. kalo tak tau,Jom kita berkenalan dengan sedara-mara facebook yang ada dekat Malaysia ni..


Ni facebook asal yang sapa tak kenal maka tak cinta. sure semua orang ada akaun dia kan?.Tapi lihat sedara beliau dekat bawah yang tinggal dekat pantai timur sana. hahaha..memang lawak 'fesbuk' nih. khusus untuk rakyat-rakyat kelate yah..




Ni pun sedara baru Facebook lahir dekat Malaysia kita.Untuk komunity jus mate.. kalau korang nak join wajib kena beli jusmate satu kotak, baru dapat account free. Wah hebat betul Dr rozmey :)

Free Backlink