Bangga betul bagi sesiapa yang menggunakan kereta keluaran Malaysia, 2 buah kereta keluaran negara telah mendapat pengiktirafan peringkat Asia sempena anugerah Asian Auto Fuel Efficiency 2010 yang dianjurkan majalah automatif negara, Asia Auto. Walaupun saingan sengit dari model kenderaan yang turut serta iaitu Hyundai, Naza, Chevrolet, Toyota, Suzuki, Skoda, Mercedes, BMW, Ferrari, Porsche, Volvo, Lotus, Nissan, dan banyak lagi.
Dua model kenderaan itu adalah Perodua MyVi yang menduduki tempat ketiga bagi kategori kereta kompak dengan penjimatan penggunaan sebanyak 6.2 liter bagi 100 kilometer (km).
Perdua MyVi ditewaskan Hyundai i10 yang menggunakan 5 liter untuk 100 km dan Suzuki Alto, 5.05 liter.
Proton Inspira 1.8 manual pula menduduki tempat kedua bagi kategori Family Cars yang memerlukan 6.3 liter untuk 100km. Honda City pula muncul di tempat pertama dengan penggunaan 6.1 liter dan tempat ketiga Nisan Latio Sedan 1.6 dengan penggunaan bahan api sehingga 7.1 liter untuk 100km.
Pemenang Anugerah mengikut kategori:
Compact City Cars:
1. Hyundai i10- 5 liters/100km
2. Suzuki Alto- 5.05 liters/100km
3. Perodua Myvi- 6.2 liters/100km
Compact Premium City Cars:
1. Volkswagen Polo 1.2 TSI- 5.8 liters/100km
2. Mini Cooper R56- 5.9 liters/100km
3. Alfa Romeo Mito- 6.1 liters/100km
Family Cars
1. Honda City- 6.1 liters/100km
2. Proton Inspira 1.8 manual- 6.3 liters/100km
3. Nissan Latio Sedan 1.6- 7.1 liters/100km
0 comments:
Post a Comment