Sunday, February 6, 2011

Potret Mona Lisa sebenarnya lelaki?

ROME - Penyelidik di Itali yang melakukan pengkhususan menyelesaikan kes misteri hasil seni menyatakan bahawa mereka telah membongkar identiti sebenar wanita dalam potret Mona Lisa yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci pada abad ke-16.
Pengerusi Jawatankuasa Warisan Budaya Kebangsaan Itali, Silvano Vinceti berkata, kajian yang dilakukan oleh mereka mendapati Mona Lisa adalah seorang lelaki dan bukannya Lisa Gherardini, iaitu isteri kepada Francesco del Giocondo.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Muzium Louvre di Perancis.

Jurucakap muzium itu menyatakan bahawa usia potret itu menyebabkan kesan merekah timbul pada permukaan lukisan itu, sekali gus menghasilkan bentuk yang mungkin memberikan tafsiran tertentu.

Bagi menjawab persoalan kumpulan penyelidik itu, Vinceti bersetuju untuk melakukan ujian semula tetapi masih belum menerima maklum balas dari pihak muzium tersebut.
Sumber: SinarHarian

Mesir berdarah

KAHERAH: Polis rusuhan Mesir menembak peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang menjanjikan 'yawmul ghadab' atau hari kemarahan di seluruh negara itu semalam bagi menuntut presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah.

Ada laporan menyatakan penunjuk perasaan sudah sampai dekat Istana Presiden. Penunjuk perasaan berhimpun di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di sebuah kejiranan berhampiran istana presiden di Kaherah, memaksa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Puluhan ribu tunjuk perasaan yang mula berhimpun dan berarak selepas solat Jumaat membawa poster anti Mubarak sambil melaung Undur, undur Hosni Mubarak.

Kumpulan Vodafone berkata semua pengendali telefon selular di Mesir diarah menggantung perkhidmatan masing-masing di kawasan tertentu, bertujuan membendung penganjur bantahan daripada menghimpunkan penunjuk perasaan.



mesir-berdarah

Bekas ketua agensi tenaga atom Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei, yang juga penerima anugerah keamanan Nobel yang turut menuntut Mubarak meletak jawatan, dihalang keluar dari sebuah masjid di kawasan Giza di Kaherah bagi memimpin kira-kira 2,000 jemaah untuk mengadakan tunjuk perasaan.
Jemaah itu dikepung polis ketika mengadakan solat Jumaat di sebuah medan di luar masjid di Giza itu.

Rakyat mahu rejim Mubarak berkubur, penunjuk perasaan didengar melaung selepas solat.

Berambus, berambus Mubarak. Mubarak, pesawat menanti anda, laung mereka lagi merujuk kepada bekas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu berikutan bantahan besar-besaran rakyat yang berterusan hingga hari ini.

Malah, bantahan di Tunisia menyaksikan protes meletus di negara Arab lain termasuk Algeria, Jordan dan Yaman. Di Jordan, tunjuk perasaan ketiga pada hari Jumaat berlangsung.

Rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak Selasa lalu dan lebih 1,000 sudah ditahan polis.



mesir-protes

cicak tokek harga juta










Sekiranya benar seperti dakwaan, maka jawabnya ramai la yang berlumba-lumba untuk mencari cicak tokek yang bersaiz besar. Yela, siapa yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Silap2 dapat 3 ekor cicak tokek pun dah boleh jadi jutawan.
Macam mana pulak cerita yang pasal seorang pemuda dari Sabah yang menemui cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia tu? Fuhh..kalau benar..bayangkanlah..tak perlu nak kata RM sejuta sekilogram, kalau dapat RM 100 ribu sekilogram pun memang kaya la pemuda tu.
Kenapa cicak tokek ini terlalu mahal? Daripada pembacaan saya dalam beberapa sumber dalam internet dan juga maklumat dalam berita kat TV3 pada 5 Ogos 2010, khasiat cicak tokek ini mampu mengubati pelbagai penyakit berbahaya. Cicak tokek ini mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti China dan Jepun.
Mereka menemui sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmia bahawa cicak tokek ini mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Fakta ini muncul seperti hempedu beruang yang dikatakan turut mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanser/metastasis sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral.
Sekiranya benar dan menjadi, penemuan ini akan menjadi berita gembira dan menjadi rahmat kepada semua umat manusia.

Free Backlink
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More