Sunday, February 6, 2011

Potret Mona Lisa sebenarnya lelaki?

ROME - Penyelidik di Itali yang melakukan pengkhususan menyelesaikan kes misteri hasil seni menyatakan bahawa mereka telah membongkar identiti sebenar wanita dalam potret Mona Lisa yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci pada abad ke-16.
Pengerusi Jawatankuasa Warisan Budaya Kebangsaan Itali, Silvano Vinceti berkata, kajian yang dilakukan oleh mereka mendapati Mona Lisa adalah seorang lelaki dan bukannya Lisa Gherardini, iaitu isteri kepada Francesco del Giocondo.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Muzium Louvre di Perancis.

Jurucakap muzium itu menyatakan bahawa usia potret itu menyebabkan kesan merekah timbul pada permukaan lukisan itu, sekali gus menghasilkan bentuk yang mungkin memberikan tafsiran tertentu.

Bagi menjawab persoalan kumpulan penyelidik itu, Vinceti bersetuju untuk melakukan ujian semula tetapi masih belum menerima maklum balas dari pihak muzium tersebut.
Sumber: SinarHarian

0 comments:

Post a Comment

Free Backlink
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More