Saturday, March 5, 2011

THE FACEBLOG

KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

10 jutawan Terkaya Malaysia

Jom tengok orang-orang kaya dekat Malaysia kita diumumkan oleh Forbes Asia yang terbaru.
Dua tempat teratas yang selalunya tidak akan berubah adalah Tan Sri Robert Kuok Nien dan Tan Sri T. Ananda Krishnan. Tan Sri Robert Kuok telah memegang no. 1 sejak tahun 2006 bila ranking tahunan mula dilakukan oleh Forbes Asia. Kekayaaan yang terkumpul dari syarikat Wilmar International- syarikat kelapa sawit terbesar dunia.Kekayaaan beliau bernilai US$12.5bil bersamaan RM38bil. meningkat setengah bilion dari tahun lepas. Tan Sri Ananda yang dh berumur 72 tahun kedudukan no.2 dengan US$9.5bil (RM28.83) meningkat juga dari US$8.1bil tahun lepas. Untung daripada Jual Top-up kot(Maxis).
Janda kepada Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua menduduki tempat ketiga dengan untung dari casino US$6.6bil (RM20.03bil).

Friday, March 4, 2011

Pengantin lelaki dapat hadiah helikopter

Hantaran kawin helikopter?  memang kaya..dekat Malaysia x ada lagi macam ni, petikan dari harian kosmo mengenai satu pasangan pengantin dari New Delhi dalam satu majlis perkahwinan yang mewah.


Seorang lelaki, Lalit Tanwar, 26, berkahwin dengan Yogita Jaunapuria dalam satu majlis perkahwinan mewah, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Lalit dilaporkan menerima hadiah sebuah helikopter manakala 18,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinannya.
Mereka berkahwin di sebuah rumah dekat bandar raya ini dengan 12 skrin televisyen gergasi dipasang bagi merakamkan majlis perkahwinan tersebut.
Akhbar Times of India membuat anggaran bahawa majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa lalu itu melibatkan kos AS$22 juta (RM66.67 juta).
Namun, akhbar Mail Today melaporkan, kos majlis perkahwinan itu mungkin AS$55 juta (RM166.67 juta).
Akhbar Indian Express melaporkan bahawa, pengantin lelaki mendapat hadiah sebuah helikopter Bel 429 berharga AS$8 juta (RM24.24 juta) dalam satu majlis perkahwinan yang ringkas.
Majlis perkahwinan itu melibatkan anak seorang ahli politik daripada parti Kongres yang kaya, Kanwar Tanwar.
Lalit dikatakan memakai kalungan bunga yang diperbuat daripada wang kertas dalam majlis perkahwinan tersebut.
Keluarga pengantin perempuan meraikan pengantin lelaki dengan memberikannya hadiah bernilai AS$5 juta (RM15.15 juta)

Bom di KLIA?


Ada lagi rupanya bom sesat yang ada, siap aktif lagi..
56 penerbangan di KLIA telah dilaporkan ditangguh gara-gara sebutir bom yang dipercayai dari zaman perang dunia kedua dijumpai di tapak pembinaan. Semua penerbangan ditangguh untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, bagaimanapun perkhidmatan disambung semula 4 jam selepas bom peninggalan jepun itu dimusnahkan

Thursday, March 3, 2011

Gambar binatang pelik

sama-sama lihat 2 gambar binatang pelik ni



Tiada lagi pepatah bagai anjing dengan kucing

Lagi pasal 'pokok petai menangis'?

Kisah pokok petai menangis tak habis lagi..Kan dah kata, orang kita kalau ada benda-benda pelik sikit mulalah nak puja-puja, kalau setakat naak ambil air nak buat penawar takper la jugak..ni kalau dah percaya yang bukan-bukan boleh bawa kepada syirik..apa nak jadi dengan orang kita?
Petikan dari Metro :


KEPALA BATAS: Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) memasang notis pada pokok petai ‘menangis’ di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, dekat sini, bagi mengelak perkara bercanggah dengan ajaran Islam.
Notis berkenaan berkaitan larangan memuja sebarang bentuk kejadian alam atau yang menghampiri perkara khurafat mengikut Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu pemujaan salah.

Mengikut seksyen berkenaan, mereka yang didapati melanggar larangan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.
Tindakan memasang notis diambil berikutan pokok petai berusia 28 tahun itu mula mencuri tumpuan sejak tersebar berita mengenai kejadian pelik itu lima hari lalu.

Harian Metro Isnin lalu melaporkan penduduk Kampung Lembah Raja gempar apabila sebatang pokok petai ‘menangis’ hingga air turun seperti hujan sejak beberapa hari.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.

Wednesday, March 2, 2011

Cerita gambar

Apa yang menarik tentang gambar ini?





Wajah manusia 5,300 tahun lalu

Agak-agak macam mana rupa manusia 5300 tahun dulu? teknologi terkini membolehkan rupa manusia zaman ais boleh kita tengok, berpandukan tulang-tulang yang ada selepas kajian.




Petikan dari: Kosmo

BOLZANO, Itali - Dua artis menggunakan imej tiga dimensi (3D) untuk menghasilkan wajah manusia zaman ais yang berusia 5,300 tahun.
Ia dihasilkan berdasarkan satu mayat lelaki yang beku dengan wajahnya mengalami keretakan menyebabkan sukar untuk mengenal pasti bentuk rupanya yang sebenar.
Model wajah manusia itu dihasilkan oleh dua artis dari Belanda, Alfons dan Adrie Kennis.
Wajah itu dipamerkan di Muzium Arkeologi Tyrol Selatan di sini bersama dengan mayat asalnya.
Mayat lelaki itu ditemui dalam bulan September 1991 dekat sempadan Itali dengan Austria oleh satu pasangan pelancong Jerman yang berjalan di Lembah Oetz.
Nama jolokan mayat lelaki yang tubuhnya tidak reput sepenuhnya itu ialah Oetzi.
Para penyelidik menyatakan ketinggian lelaki ais itu ialah 159 sentimeter dan berusia 46 tahun dan mati dibunuh oleh seorang lagi pemburu. - Agensi

Monday, February 28, 2011

Pokok petai boleh menangis

Pokok petai boleh menangis? sebatang pokok petai di kepala batas yang kini heboh dengan cerita menangis keluar air mata, ramai yang percaya ini perkara ajaib dan 'air mata' dari pokok petai ini mempunyai khasiat untuk jadikan penawar..walauapapun pastinya ada penjelasan saintifik mengenai perkara ini. Wallahualam..
Petikan Dari Harian Metro:
 
KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.
Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.



Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.
Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.

“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.

“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.

“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.
Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.

“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Berlian yang tidak diketahui nilai dipamerkan



Agak-agak lah berapa nilai berlian ini? 
Sebutir berlian sebesar ibu jari orang dewasa yang harganya tidak dapat ditentukan kerana ia amat jarang ditemui kini dipamerkan di Muzium Semula Jadi London,
Berlian itu yang diberi nama Cora Sun Drop dipamerkan setelah ia dipinjamkan daripada syarikat Cora International.
Kurator muzium itu, Alan Hart berkata, dia tidak pernah melihat berlian berwarna kuning seperti itu yang amat bercahaya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cora International, Suzette Gomes, berlian yang berwarna itu amat sukar dihasilkan kerana ia melibatkan kerja-kerja pemotongan yang rumit. - Agensi

Free Backlink