Friday, March 4, 2011

Pengantin lelaki dapat hadiah helikopter

Hantaran kawin helikopter?  memang kaya..dekat Malaysia x ada lagi macam ni, petikan dari harian kosmo mengenai satu pasangan pengantin dari New Delhi dalam satu majlis perkahwinan yang mewah.



Seorang lelaki, Lalit Tanwar, 26, berkahwin dengan Yogita Jaunapuria dalam satu majlis perkahwinan mewah, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Lalit dilaporkan menerima hadiah sebuah helikopter manakala 18,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinannya.
Mereka berkahwin di sebuah rumah dekat bandar raya ini dengan 12 skrin televisyen gergasi dipasang bagi merakamkan majlis perkahwinan tersebut.
Akhbar Times of India membuat anggaran bahawa majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa lalu itu melibatkan kos AS$22 juta (RM66.67 juta).
Namun, akhbar Mail Today melaporkan, kos majlis perkahwinan itu mungkin AS$55 juta (RM166.67 juta).
Akhbar Indian Express melaporkan bahawa, pengantin lelaki mendapat hadiah sebuah helikopter Bel 429 berharga AS$8 juta (RM24.24 juta) dalam satu majlis perkahwinan yang ringkas.
Majlis perkahwinan itu melibatkan anak seorang ahli politik daripada parti Kongres yang kaya, Kanwar Tanwar.
Lalit dikatakan memakai kalungan bunga yang diperbuat daripada wang kertas dalam majlis perkahwinan tersebut.
Keluarga pengantin perempuan meraikan pengantin lelaki dengan memberikannya hadiah bernilai AS$5 juta (RM15.15 juta)

4 comments:

inanur@TH said...

Teringat cerita slumdog millionaire.
Masih ramai yg merempat di India.

azim&eiyta@admin said...

oo..citer tu..lumrah hidup,ada yang kaya,ada yang miskin..kalo sume kaya huru-hara pulak..

nego said...

perghh..untung betul lelaki tu...

azim&eiyta@admin said...

senang nk bwk bini mkn angin..

Post a Comment

Free Backlink