Sunday, February 6, 2011

cicak tokek harga juta










Sekiranya benar seperti dakwaan, maka jawabnya ramai la yang berlumba-lumba untuk mencari cicak tokek yang bersaiz besar. Yela, siapa yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Silap2 dapat 3 ekor cicak tokek pun dah boleh jadi jutawan.
Macam mana pulak cerita yang pasal seorang pemuda dari Sabah yang menemui cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia tu? Fuhh..kalau benar..bayangkanlah..tak perlu nak kata RM sejuta sekilogram, kalau dapat RM 100 ribu sekilogram pun memang kaya la pemuda tu.
Kenapa cicak tokek ini terlalu mahal? Daripada pembacaan saya dalam beberapa sumber dalam internet dan juga maklumat dalam berita kat TV3 pada 5 Ogos 2010, khasiat cicak tokek ini mampu mengubati pelbagai penyakit berbahaya. Cicak tokek ini mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti China dan Jepun.
Mereka menemui sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmia bahawa cicak tokek ini mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Fakta ini muncul seperti hempedu beruang yang dikatakan turut mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanser/metastasis sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral.
Sekiranya benar dan menjadi, penemuan ini akan menjadi berita gembira dan menjadi rahmat kepada semua umat manusia.

0 comments:

Post a Comment

Free Backlink
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More