Baru bulan lepas kecoh pasal aiskrim dari susu badan, sekarang kecoh pula Lady Gaga marah pasal ais krim tu dinamakan nak sama macam nama dia..padahal bukannya pakai susu badan dia kan?.nama Gaga jer ada kat belakang tu..
Petikan dari Harian Metro:
LONDON: Peguam Lady Gaga mengancam mengemukakan saman terhadap pengeluar ais krim diperbuat daripada susu badan, Baby Gaga, semalam.
Berdasarkan dokumen disediakan peguam penyanyi berasal dari New York, restoran The Icecreamists Limited yang beroperasi di London, Britain, diberi tempoh sehingga 12 tengah malam Khamis ini untuk pengeluar produk itu menukar jenamanya jika enggan disaman.
Menurut peguam Lady Gaga, restoran di Covent Garden itu juga dikehendaki ‘berhenti mengaitkan’ apa saja produk mereka dengan penyanyi terbabit.
Dalam dokumen berkenaan, The Icecreamists Limited didakwa mengambil kesempatan dan meniru identiti Lady Gaga (gambar) secara amat provokatif dan - bagi kebanyakan orang - menjijikkan.
Ais krim Baby Gaga mendapat sambutan hangat apabila ia mula dipasarkan pengeluar terbabit.
Fasa pertama produk itu - dihasilkan menggunakan susu diperah daripada 15 wanita yang menyahut tawaran The Icecreamists Limited dalam iklan - dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa hari saja.
Susu itu dijual pada harga �14 (RM69) dan dihidangkan pelayan wanita menggunakan pakaian menjolok mata - sesuai dengan imej Lady Gaga.
Bagaimanapun, penjualan Baby Gaga digantung sementara selepas pihak berkuasa tempatan merampas ais krim berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keselamatan. - AFP
0 comments:
Post a Comment