Wednesday, March 9, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Apa yang kita harapkan cerita yang terbaru ini? Haha tak payah expact to much macam cerita hollywood..sebabnya kita still lagi jauh nak compare kan dengan diorang..tapi bagi saya pengarah Malaysia dah hampir ke arah tu kot? Contoh terdekat macam cerita nih. Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.



sinopsis:
Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

0 comments:

Post a Comment

Free Backlink