Friday, March 11, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Gempa bumi yang dasyat berukuran 8.9 skala Richter melanda Jepun pada 14:46 pm (0546 GMT) dan mengakibatkan tsunami yang besar.Gempa yang berpusat Honshu island dan Tokyo mengakibatkan banyak kematian. Dilaporkan Ombak setinggi 10 meter (13 kaki) melanda bandar Sendai, Jepun dan kawasan pesisir pantai.
Gempa yang pertama menggegarkan kira 400km dari utara Tokyo kemudian di ikuti lebih sedozen gempa susulan.Jutaan Rakyat yang menggunakan Keretapi bawah tanah telah terperangkap. 4 loji nuklear milik Jepun juga selamat ditutup semasa kejadian mengakibatkan jutaan rakyat kehilangan tenaga elektrik.
Gempa bumi ini adalah yang terbesar pernah berlaku di Jepun. Dalam sejarah gempa bumi ini adalah ke-7 terkuat pernah berlaku di dunia sejak 1900.
Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang besar. Di beberapa lokasi di sepanjang pantai tayangan televisyen menunjukkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Agensi meteorologi telah mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasifik seluruh Jepun. Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan amaran kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

Antara gambar yang boleh menggambarkan Dasyatnya Gempa yang berlaku







0 comments:

Post a Comment

Free Backlink