Wednesday, March 9, 2011

Anjing pun ada Facebook?

Anjing pun ada Facebook?..tapi ni bukan sebarang anjing, anjing kepada tokey Facebook sendiri,dah Facebook dia yang punya, sukahati dia la nak buka akaun untuk sapa pun, sapa-sapa yang nak berkenalan dengan anjing ni boleh la add 'Cilla' sendiri.

Petikan dari Kosmo:
PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Mark Zuckerberg berdiri bersama kekasihnya, Pricilla Chan yang mendukung seekor anjing di rumah mereka di Palo Alto, California.


Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan.

Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut

Hikayat Merong Mahawangsa

Apa yang kita harapkan cerita yang terbaru ini? Haha tak payah expact to much macam cerita hollywood..sebabnya kita still lagi jauh nak compare kan dengan diorang..tapi bagi saya pengarah Malaysia dah hampir ke arah tu kot? Contoh terdekat macam cerita nih. Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.



sinopsis:
Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Kura-Kura kepala dua

BENTUK belakang seekor kura-kura yang mempunyai dua kepala yang dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam. Apa yang peliknya kura-kura ni berkepala dua.


Seekor kura-kura kecil daripada spesies Geochelone sulcata yang mempunyai dua kepala dan lima kaki dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam.

Kura-kura yang berusia tujuh minggu itu dilahirkan di Slovakia dan diberi dua nama, Magda untuk kepala kiri dan Lenka untuk kepala kanan.
P/S: Kura-Kura kembar Siang?

Tuesday, March 8, 2011

M. Nasir meninggal dunia?



M.nasir meninggal dunia? sakit apa? eksiden ker?...pasti semua terkejut bila mendengar berita ini.hahaha...semua tu hanya khabar angin, Isteri beliau Marlia Musa manafikan mengenai khabar angin mengatakan artis M.Nasir telah meninggal dunia. Rupanya ada seorang lain yang namanya sama seperti nya telah meninggal dunia dan terus ia dikaitkan dengan seniman berbakat M.Nasir.Orang sebenar yang meninggal dunia adalah imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Kyai Muchtar Nasir,ataupun nama singkatan beliau M.Nasir Isnin kelmarin, pukul 18.30 waktu Jakarta. Imam besar Masjid Istiqlal sejak 15 Februari 1985 lagi.Almarhum telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta, setelah menjalani rawatan berbagai jenis penyakit yang telah dideritainya. Jadi sahihla bukan M.Nasir Malaysia yang meninggal dunia.

CICAK TOKEK TIDAK BOLEH SEMBUH AIDS/HIV !!!

Jangan tertipu dengan Cerita Cicak Gecko atupun Cicak Tokek penyembuh HIV dan AIDS!!.
Kalau benar cicak ni boleh menjadi penyembuh, mana buktinya?. Setakat ni tiada lagi mana-mana pihak menunjukkan bukti yang air liur cicak tokek ini betul-betul boleh dibuat ubat. kalau tak percaya, cuba search aje dekat google, yahoo, Bing, atau mana-mana website yang ada menyatakan bagaimana air liur cicak tokek ini dibuat ubat HIV..
Apakah Hiv dan AIDS? "Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh).
LEPASKANLA CICAK TOKEK@GECKO KE TEMPAT HABITAT ASALNYA !!!


JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA YANG MENGARUT DI PASARAN ...


TOKEK TIDAK BOLEH SEMBUH AIDS/HIV !!!

Free Backlink
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More