Cicak Gecko atau Tokke mahal
Cubaan seorang lelaki warga Indonesia untuk menyeludup masuk cicak Gecko atau nama :panggilan tempatan Tokke gagal apabila berjaya dikesan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Jari kaki palsu tertua di dunia ditemui
KAHERAH - Ibu jari kaki yang ditemui pada mumia purba Mesir dipercayai anggota badan palsu terawal di dunia yang berfungsi dengan baik, menurut satu kajian..
Pokok petai boleh menangis?
sebatang pokok petai di kepala batas yang kini heboh dengan cerita menangis keluar air mata, ramai yang percaya ini perkara ajaib dan 'air mata' dari pokok petai ini mempunyai khasiat untuk jadikan penawar
Misteri Suara Tangisan Dari Dalam Kubur!
JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam. .
LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SIHAT
Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya..
Tuesday, September 10, 2019
Duit belanja sampingan
Thursday, December 1, 2011
Guna simen besarkan punggung
MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa mangsa mula muncul bagi membantu polis untuk mengumpulkan bukti tentang perbuatan seorang lelaki yang menyamar sebagai pakar bedah plastik di negeri Florida.
Polis berkata, pakar bedah plastik itu, Oneal Ron Morris membahayakan keselamatan pelanggannya kerana menyuntik campuran simen, bahan kimia aerosol dan gam untuk membesarkan punggung dan bibir mereka.
"Kami menerima panggilan daripada beberapa mangsa dengan kebanyakan mereka ialah mak nyah, tetapi setakat ini terdapat dua kes yang disahkan," kata jurucakap polis Miami, William Bamford pada Selasa lalu.
Menurutnya, selepas polis melakukan siasatan, Morris dan pembantunya, Corey Alexander Eubank ditangkap pada minggu lalu kerana menjadi pengamal perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan sebelum kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin.
Morris yang merupakan seorang mak nyah turut menyuntik dirinya dengan bahan beracun tersebut. - AFP
China larang siar iklan semasa drama
Sumber: Sinar Harian
BEIJING - Badan pemerhati atasan penyiaran China telah mengeluarkan larangan untuk menyiarkan iklan semasa tayangan drama terhadap semua
stesen televisyen di negara itu.
Kenyataan dalam laman sesawang Pentadbiran Televisyen, Radio dan Filem Negeri (SARFT) menyebut larangan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan dan semua stesen perlu menyusun semula program serta menghentikan selingan penyiaran iklan komersial.
“Jika mana-mana stesen televisyen gagal mematuhi larangan ini, mereka akan dikenakan hukuman lebih tegas,” menurut SARFT lagi.
Saturday, July 2, 2011
RM15 RULES-Apa yang saya boleh buat jika dibayar Rm15!
Sunday, June 26, 2011
20 RIBU DALAM 20 HARI?
boleh percaya ker? ada ker kerja yang boleh buat duit cepat macam ni??
baca dan renungkanlah..
Belek sini
Mungkin ada telah mendengar akan produk launch terbaru ini yang tengah meletup sekarang ini di pasaran, dan rata rata mungkin anda ingin tahu sebenarnya apa program ini..
ni bukan nak iklan..cuma bila terbelek website ni, rasa macam tertarik juga dengan tajuk utamanya dan kisah hidup tuannya..
Sekiranya anda telah lama didalam bisnes “perniagaan internet”, mungkin anda pernah terdengar kisah mengenai Suthan.
Orangnya low profile, tetapi dia merupakan tuanpunya beberapa produk unik dan popular di pasaran antarabangsa seperti NicheProphecy, IMSutra, YourSimplyStupid (dan banyak lagi!) dan mempunyai network dengan ramai otai otai high profil internet marketer dari US dan UK.
Tetapi, yang paling menarik ialah latar belakang orangnya sendiri.
Untuk anda yang ingin tahu, Suthan baru berusia 24 tahun. Tahap pendidikan dia pun sekadar SPM sahaja, tak pernah pergi university pun. Dia pun dulu bukan kaya pun; sampai pernah bekerja cuci windscreen dan polish tayar di kedai minyak Projet untuk menyara hidup.
Jadi macam mana “tukang polish tayar kereta” ini berubah menjadi “sukses internet” ?
Kalau nak tahu kisahnya, bolehla ke sini 20ribu20hari dan baca la sendiri cerita saudara Suthan ni dari laman webnya.
Dia pertama kali menceburi perniagaan internet dengan blogging seperti orang lain. Tetapi, sukses pertama En Suthan ialah apabila dia menjual produk “rahsia membuat laying layang” dipasaran antarabangsa. Untung sukses pertama dia bukan banyak pun, dalam USD32 sahaja, tetapi ini telah menyemarakkan semangat Suthan untuk terus menceburi bidang ini.
Lima tahun berniaga, kini saudara Suthan merupakan salah satu internet marketer tersohor yang terkenal di pasaran antarabangsa . Harga produknya kini mencecah ribuan ringgit, dan dia telah “personal coach” beribu ribu orang dari seluruh duni untuk menjadi sukses IM .
Semalam, saya terdengar akan Program ulung Bahasa Melayu yang dilancarkan oleh Suthan M, dan saya excited nak memberitahu anda mengenai program baru ini yang diberi nama “RM20,000 Dalam 20 Hari”.
Click sini tengok la sendiri
Program ini berbentuk “daily step by step blueprint” dimana Suthan M akan membimbing anda dengan memberikan anda coaching setiap hari selama 20 hari dalam apa yang perlu anda buat untuk menjana RM20,000 dalam 20 hari. Dia menggunakan kaedah “produk launch + infoproduk marketing” dalam sistem RM20,000 dalam 20 hari ini.
Program ini sesuai jika anda:
1.Ingin membuat program internet sebenar secara halal dan betul dari segi undang undang
2.Jika anda tidak pernah membuat perniagaan infoproduk dan ingin menceburi perniagaan yang begitu lukratif ini
3.Ingin mendapatkan “rahsia sebenar” produk launch dan menggunakan idea yang sama untuk perniagaan anda.
4.Nak mendapatkan bombing professional dari internet marketer yang tersohor untuk “reverse engineer” sukses kejayaannya.
Program RM20,000 Dalam 20 merupakan satu peluang bagaimana anda boleh menceburi bidang perniaagan internet dengan nasihat dan tips dari orang professional seperti saudara Suthan.
Tetapi, jangan beli jika anda tidak ingin “take action” dengan ilmu yang diberi oleh Suthan ini.
Ini bukan program “fast cash”, ataupun “duit cepat”, tetapi cara perniagaan online yang mantap dan evergreen.
Anda perlu TAKE ACTION dan “put effort” sekiranya anda ingin berjaya. Itu hikmahnya..
Rahsia RM20,000 Dalam 20 hari kini telah terbongkar ; Persoalannya, siapa yang akan menjadi jutawan internet menggunakan method ini? mungkin saya? atau Mungkinkah ANDA orangnya?
http://www.20ribu20hari.com
Sunday, June 12, 2011
Kisah Baru
Friday, April 8, 2011
Gunting Dalam Perut
Gunting itu tertinggal semasa dia menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya di sebuah hospital di sini.
Selepas pembedahan itu, dia mengadu terdapat sesuatu dalam perutnya sehingga mengakibatkan dia pengsan namun beberapa doktor menafikan dakwaan Cruz.
Namun, selepas ujian sinar X menunjukkan gunting tersebut, Majlis Perubatan Sao Paulo berjanji akan melakukan siasatan
Sunday, April 3, 2011
Perut Buncit Boleh Buta
Lelaki yang mempunyai masalah perut buncit pada lingkungan umur pertengahan boleh meningkatkan risiko golongan itu untuk menjadi buta seiring dengan peningkatan usia mereka, menurut satu kajian.
Walaupun hanya pertambahan saiz pinggang yang kecil, ia tetap meningkatkan risiko sehingga 75 peratus untuk mereka menghidapi masalah penglihatan.
Bagaimanapun, kajian mendapati golongan wanita pula tidak termasuk dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit seperti itu.
Ia adalah disebabkan hormon estrogen yang dimiliki oleh golongan wanita yang mana kandungan lemak pada perut mereka bertindak membebaskan hormon itu ke dalam sistem tubuh.
Terdahulu, penyelidik di Universiti Melbourne melakukan pemerhatian terhadap perubahan saiz pinggang seramai lebih daripada 21,000 lelaki dan wanita, berumur antara 40 dan 69 selama beberapa tahun bagi mengesan jumlah dan kebarangkalian mereka untuk menghidapi penyakit berkaitan masalah penglihatan atau menjadi buta.
Sumber: Sinar Harian
Thursday, March 31, 2011
Tarian Poco-Poco Haram?
Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.
Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.
Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.”
“Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan.
Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.
Harap-harap yang diharamkan bukan sahaja poco-poco tetapi diharamkan juga joget lambak, joget lantak, joget ronggeng, joget tonggeng dan segala jenis joget dan tarian yang melibatkan aktiviti mempertontonkan lenggang lenggok wanita Islam dan percampuran antara jantina bukan muhrim. Malah tarian2 jenis ini sudah jelas haramnya....tak perlu difatwa-fatwakan lagi.
Monday, March 21, 2011
fizz fairuz buat lawak bodoh
Sunday, March 20, 2011
gambar lucah Hudgens
Selebriti berusia 22 tahun itu mengambil tindakan undang-undang selepas beberapa keping gambar separuh bogelnya bersama pelakon berusia 18 tahun, Alexa Nikolas tersebar di beberapa laman maya minggu ini.
Terdapat juga sekeping gambar yang menampakkan aksi Hudgens sedang berbaring.
Antara selebriti lain yang telak di 'Hack' adalah Jessica Alba, Selena Gomez, Demi Lovato, Christina Aguilera, Scarlett Johansson .
piring terbang Iran
Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.
Sumber: Kosmo
Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.
Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an.
Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.
"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat.
"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA.
Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat.
Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.
Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.
Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu
Friday, March 18, 2011
Jutawan Gila Pecah Lamborghini Sendiri
Sapa yang rasa kepalanya dah tak betul bolehlah meniru aksi ini.Kalau kita la, kalau kereta kena calar sikit pun kecoh bagai nak rak, inikan pula siap upah tolong kemekkan kereta harga berjuta.Tetapi mengikut sumber, jutawan tersebut sebenarnya bengang dengan pihak perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.Jadi bila dah bengang kereta asyik rosak, beliau merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia.
Thursday, March 17, 2011
Harga Spare Part Kereta Akan Murah??
Agak-agak korang la harga sparepart kereta selepas ni akan murah tak? terutama kereta buatan jepun,lebih-lebih lagi sapa-sapa yang nakkan sparepart model Nissan bolehlah booking awal-awal. Gambar yang di atas menunjukkan keadaan kereta Nissan dan Infiniti yang sedia nak di hantar untuk jualan telah disapu bersih oleh tsunami yang lalu melibatkan 1,300 unit model Infiniti dan 2300 model Nissan.Kereta-kereta ini dah nampak macam mainan. Kilang ini terletak di Tochigi Prefecture, Utsunomiya.
Wednesday, March 16, 2011
Karikatur Ultraman Bharian dikecam
Monday, March 14, 2011
Jepun mungkin sudah tidak selamat
Menurut beberapa pegawai, penemuan tersebut sekali gus meningkatkan kebimbangan akan berlaku kebocoran radiasi dan kemungkinan berlaku kecairan teras loji nuklear.
Agensi Nuklear Jepun melaporkan bahawa bilangan orang yang terdedah akibat radiasi itu mungkin meningkat kepada 160 orang.
Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di loji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear. Gempa bumi magnitud 8.9 melanda Jepun Jumaat lalu menimbulkan kecemasan pada loji terbabit yang meletup kelmarin sehingga memaksa perpindahan di kawasan sekitar.
Pekerja cuba menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor dalam usaha untuk menghalang bencana radioaktif selepas gempa merosakkan sistem penyejukan loji terbabit.
sumber: Bharian dan Kosmo
Friday, March 11, 2011
Tsunami Melanda Jepun
Gempa yang pertama menggegarkan kira 400km dari utara Tokyo kemudian di ikuti lebih sedozen gempa susulan.Jutaan Rakyat yang menggunakan Keretapi bawah tanah telah terperangkap. 4 loji nuklear milik Jepun juga selamat ditutup semasa kejadian mengakibatkan jutaan rakyat kehilangan tenaga elektrik.
Gempa bumi ini adalah yang terbesar pernah berlaku di Jepun. Dalam sejarah gempa bumi ini adalah ke-7 terkuat pernah berlaku di dunia sejak 1900.
Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang besar. Di beberapa lokasi di sepanjang pantai tayangan televisyen menunjukkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Agensi meteorologi telah mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasifik seluruh Jepun. Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan amaran kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.
Antara gambar yang boleh menggambarkan Dasyatnya Gempa yang berlaku
Thursday, March 10, 2011
Kereta nasional menang anugerah
Dua model kenderaan itu adalah Perodua MyVi yang menduduki tempat ketiga bagi kategori kereta kompak dengan penjimatan penggunaan sebanyak 6.2 liter bagi 100 kilometer (km).
Perdua MyVi ditewaskan Hyundai i10 yang menggunakan 5 liter untuk 100 km dan Suzuki Alto, 5.05 liter.
Proton Inspira 1.8 manual pula menduduki tempat kedua bagi kategori Family Cars yang memerlukan 6.3 liter untuk 100km. Honda City pula muncul di tempat pertama dengan penggunaan 6.1 liter dan tempat ketiga Nisan Latio Sedan 1.6 dengan penggunaan bahan api sehingga 7.1 liter untuk 100km.
Pemenang Anugerah mengikut kategori:
Compact City Cars:
1. Hyundai i10- 5 liters/100km
2. Suzuki Alto- 5.05 liters/100km
3. Perodua Myvi- 6.2 liters/100km
Compact Premium City Cars:
1. Volkswagen Polo 1.2 TSI- 5.8 liters/100km
2. Mini Cooper R56- 5.9 liters/100km
3. Alfa Romeo Mito- 6.1 liters/100km
Family Cars
1. Honda City- 6.1 liters/100km
2. Proton Inspira 1.8 manual- 6.3 liters/100km
3. Nissan Latio Sedan 1.6- 7.1 liters/100km
Budak terumbu karang di China
Artikel dari Harian Kosmo:
BEIJING - Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.
Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.
Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.
Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.
Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.
Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.
Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup





























