Saturday, February 26, 2011

Ais krim susu ibu mula dijual

Ais krim susu ibu mula dijual



2011/02/26
LONDON: Ais krim berperisa susu manusia mula dijual di sebuah restoran baru di London.

Dengan harga £14 (RM70) yang dipanggil Baby Gaga, ia boleh didapati di restoran Icereamists di Covent Garden.
Susu manusia dari penderma berkenaan diadun dengan perisa vanila Madagascar dan kulit lemon berkenaan kemudian dijadikan ais krim.
Pengasasnya, Matt O’Connor berkata: “Baby Gaga ini amat berkrim. Tiada siapa yang melakukan sesuatu yang menarik dengan ais krim sejak 100 tahun lalu.”
sumber: bharian

Kucing tunjuk isyarat bagus "thumbs up"




LONDON - Satu klip video di laman YouTube menunjukkan seekor kucing memberikan isyarat bagus menerusi ibu jari kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam klip itu, terdapat seorang wanita yang bercakap dengan menggunakan loghat British meminta haiwan tersebut memberikan isyarat bagus.

Satu maklumat mengenai klip video itu di laman tersebut menyatakan bahawa kucing tersebut bernama Jimmy dan ia merupakan haiwan yang amat bijak walaupun boleh dianggap pemalas. - Agensi

Siapa Muammar Al-Gaddafi




Muammar Gaddafi adalah pemimpin yang paling lama berkuasa di Afrika dan dunia Arab. Ia memerintah Libya sejak menggulingkan Raja Idris I pada usia 27 tahun.
Dikenal sebagai pemimpin yang dekat dengan senjata dan wanita, Gaddafi juga dianggap sebagai seorang ahli politik yang terkenal membawa negaranya keluar dari kekangan diplomatik.
"Dia unik dalam bahasa, dalam perilakunya, dalam praktik dan dalam strategi politiknya," kata analis Libya, Saad Djebbar. "Tapi dia seorang ahli politik cerdas, jangan salah, ia adalah ahli politik yang paling hebat di turutan pertama."
Keturunan Badui
Muammar Gaddafi lahir di gurun pasir dekat Sirte tahun 1942.
Di masa mudanya ia mengkagumi Gamal Abdel Nasser (Mesir). Gaddafi pertama kali berencana untuk menggulingkan monarki di institusi militer, dan menerima latihan ketenteraan di Inggris sebelum kembali ke kota Benghazi, Libya dan melakukan rampasan kuasa di sana pada tanggal 1 September 1969.
Pada tahun 1970 ia mengeluarkan buku berjudul Green Book, yang memetakan alternatif sosialisme dan kapitalisme, dikombinasikan dengan aspek-aspek Islam. Pada tahun 1977 ia memperkenalkan sistem yang disebut "Jamahiriya" atau "negara rakyat", di mana kekuasaan dipegang oleh ribuan "persatuan rakyat".
Dalam setiap perjalanan ke luar negeri, ia mendirikan camp di khemah Badui yang mewah dan disertai dengan pengawal perempuan bersenjata. Sebuah khemah juga selalu digunakan untuk menerima tamu.
Anjing Gila
Penolakan program diplomatik terhadap Libya bermula pada pemerintahan Kolonel Gaddafi untuk sejumlah kelompok militan, termasuk Tentara Republik Irlandia dan Organisasi Pembebasan Palestina.
Presiden AS Ronald Reagan menyebut Gadadu sebagai "anjing gila", dan Amerika Syarikat menganggap penglibatan Libya dalam serangan di Eropah dengan serangan udara di Tripoli dan Benghazi pada tahun 1986. Gaddafi sendiri dikatakan sangat sedih oleh pengeboman itu, di mana anak angkatnya juga terbunuh.
Pada tahun 1990-an, ia berpaling pada Afrika setelah usahanya untuk menyatukan dunia Arab ditolak, dan ia mengusulkan sebuah "Amerika Syarikat" yang lain untuk benua Afrika. Tahun 2008 200 King Afrika dan pemimpin tempatan menganggap Gaddafi King of Kings of Africa. [5]
Ia mengadopsikan pakaiannya dengan lambang dari benua Afrika atau potret para pemimpin Afrika. Gaddafi selalu disebut sebagai pengganas dari Islam. Pada 23 Februari 2011 Gaddafi dilaporkan telah hilang kekuasaan dalam pemerintahanya..

KEJAMNYA GADDAFI BUNUH 1000 RAKYATNYA DALAM BEBERAPA HARI

21 maut pihak berkuasa Libya, Bahrain dan Yaman guna kekerasan.




MANAMA: Polis pencegah rusuhan menyerbu Dataran Mutiara di ibu negara Bahrain sambil menembak peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berkhemah sepanjang malam, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera.
Saksi dan kumpulan pembangkang berkata, sekurang-kurangnya 95 orang cedera apabila polis melancarkan operasi tanpa amaran kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan, menyebabkan penunjuk perasaan lari bertempiaran.
“Mereka menyerang dataran tempat beratus-ratus orang berkhemah. Mana-mana penunjuk perasaan yang berdegil dikejar,” kata seorang saksi, Fadel Ahmad, 37.
Di Hospital Salmaniya, hospital utama di Manama, kakitangan perubatan melaporkan keadaan sesak dan sibuk ketika ambulans dan kenderaan persendirian, berulang-alik membawa mangsa yang cedera, tiga hingga empat jam selepas serbuan dilakukan.




Di LIBYA, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan, di bandar Al-Baida, lapor pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika negara itu berdepan ‘Hari Kemarahan’ selepas menerima gesaan aktivis menerusi internet.
Laman web yang dipantau dari Cyprus dan kumpulan hak asasi Libya beribu pejabat di London berkata, pasukan keselamatan dan militia Jawatankuasa Revolusi melepaskan tembakan peluru hidup bagi menyuraikan kumpulan belia yang berhimpun secara aman menyebabkan empat orang terbunuh.
Bagaimanapun, kumpulan hak asasi, Human Rights Solidarity beribu pejabat di Geneva berkata, penembak curi yang bersembunyi di bumbung bangunan, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan berpuluh yang lain.
Rakaman video yang tersebar di internet menyiarkan gambar berpuluh pemuda Libya yang berkumpul di Al-Baida malam semalam melaungkan kata-kata ‘rakyat mahu menjatuhkan rejim’ manakala sebuah bangunan kelihatan terbakar.
Di YAMAN, polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai dalam pertempuran di Sanaa, menyebabkan dua orang terbunuh, kematian pertama dalam tunjuk perasaan yang sudah berlarutan selama tujuh hari, bagi mendesak presiden Ali Abdullah Salleh meletak jawatan.
Saksi berkata, kira-kira 2,000 anggota polis dikerah ke jalan raya, menutup pagar Universiti Sanaa dengan rantai besi bagi menghalang beribu-ribu pelajar yang berhimpun daripada berarak keluar dan menyertai penunjuk perasaan di tempat lain.
Kumpulan yang menamakan diri mereka Pergerakan 24 Februari menggesa rakyat Yaman menyertai perhimpunan ‘Sejuta Rakyat’ dalam apa yang dinamakan ‘Kemarahan Jumaat’ di semua bandar di Yaman mendesak Presiden Ali Abdullah Salleh disingkirkan selepas berkuasa selama 32 tahun. – Agensi

Thursday, February 24, 2011

Misteri Suara Tangisan Dari Dalam Kubur!




"..dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.."


JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.

Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.

Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.

Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.

Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut.

Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya.

Sumber: Kosmo

Free Backlink
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More