Friday, March 11, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Gempa bumi yang dasyat berukuran 8.9 skala Richter melanda Jepun pada 14:46 pm (0546 GMT) dan mengakibatkan tsunami yang besar.Gempa yang berpusat Honshu island dan Tokyo mengakibatkan banyak kematian. Dilaporkan Ombak setinggi 10 meter (13 kaki) melanda bandar Sendai, Jepun dan kawasan pesisir pantai.
Gempa yang pertama menggegarkan kira 400km dari utara Tokyo kemudian di ikuti lebih sedozen gempa susulan.Jutaan Rakyat yang menggunakan Keretapi bawah tanah telah terperangkap. 4 loji nuklear milik Jepun juga selamat ditutup semasa kejadian mengakibatkan jutaan rakyat kehilangan tenaga elektrik.
Gempa bumi ini adalah yang terbesar pernah berlaku di Jepun. Dalam sejarah gempa bumi ini adalah ke-7 terkuat pernah berlaku di dunia sejak 1900.
Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang besar. Di beberapa lokasi di sepanjang pantai tayangan televisyen menunjukkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Agensi meteorologi telah mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasifik seluruh Jepun. Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan amaran kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

Antara gambar yang boleh menggambarkan Dasyatnya Gempa yang berlaku







Thursday, March 10, 2011

Kereta nasional menang anugerah

Bangga betul bagi sesiapa yang menggunakan kereta keluaran Malaysia, 2 buah kereta keluaran negara telah mendapat pengiktirafan peringkat Asia sempena anugerah Asian Auto Fuel Efficiency 2010 yang dianjurkan majalah automatif negara, Asia Auto. Walaupun saingan sengit dari model kenderaan yang turut serta iaitu Hyundai, Naza, Chevrolet, Toyota, Suzuki, Skoda, Mercedes, BMW, Ferrari, Porsche, Volvo, Lotus, Nissan, dan banyak lagi.
Dua model kenderaan itu adalah Perodua MyVi yang menduduki tempat ketiga bagi kategori kereta kompak dengan penjimatan penggunaan sebanyak 6.2 liter bagi 100 kilometer (km).


Perdua MyVi ditewaskan Hyundai i10 yang menggunakan 5 liter untuk 100 km dan Suzuki Alto, 5.05 liter.
Proton Inspira 1.8 manual pula menduduki tempat kedua bagi kategori Family Cars yang memerlukan 6.3 liter untuk 100km. Honda City pula muncul di tempat pertama dengan penggunaan 6.1 liter dan tempat ketiga Nisan Latio Sedan 1.6 dengan penggunaan bahan api sehingga 7.1 liter untuk 100km.

Pemenang Anugerah mengikut kategori:

Compact City Cars:

1. Hyundai i10- 5 liters/100km

2. Suzuki Alto- 5.05 liters/100km

3. Perodua Myvi- 6.2 liters/100km

Compact Premium City Cars:

1. Volkswagen Polo 1.2 TSI- 5.8 liters/100km

2. Mini Cooper R56- 5.9 liters/100km

3. Alfa Romeo Mito- 6.1 liters/100km

Family Cars

1. Honda City- 6.1 liters/100km

2. Proton Inspira 1.8 manual- 6.3 liters/100km

3. Nissan Latio Sedan 1.6- 7.1 liters/100km

Budak terumbu karang di China

Kalau selak-selak paper hari ini,mesti tengok gambar budak yang kulitnya macam terumbu karang.Kisah penyakit kulit ganjil yang dihidapi oleh sorang budak 4 tahun sehingga digelar budak terumbu karang.
Artikel dari Harian Kosmo:
BEIJING - Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam.


Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.

Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.

Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.

Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.

Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.

Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Kelayakan Olimpik- Malaysia Ikat Pakistan 0-0

Akhirnya Malaysia dapat melangkah ke pusingan ke-2 kelayakan Pra-Olimpik Asia. Malaysia yang berbekalkan 2 gol semasa perlawanan tempoh hari di Stadium Shah Alam terikat 0-0 dengan Pakistan di Punjab Stadium in Lahore, Pakistan.Pakistan yang bermain dengan baik terpaksa akur dengan kehebatan Malaysia Walaupun rata-rata peminat tanahair kecewa dengan siaran langsung yang dibatalkan saat akhir.



p/s: penat menunggu nak tengok bola

Free Backlink
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More