Tuesday, February 22, 2011

Cicak Gecko atau Tokke mahal

Cubaan seorang lelaki warga Indonesia untuk menyeludup masuk cicak Gecko atau nama :panggilan tempatan Tokke gagal apabila berjaya dikesan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, petang kelmarin.



Menurut Penolong Pengarah Maqis Negeri, Siti Nur Ahmad, lima cicak Tokke yang masih hidup yang dipercayai diseludup bagi tujuan perubatan itu difahamkan untuk dijual di pasaran tempatan.

“Pegawai kita berjaya mengesan cubaan menyeludup lima cicak ini di Jeti Stulang Laut, pada jam 6.30 petang, ketika membuat pemeriksaan barang, yang dipercayai dibawa oleh seorang lelaki berusia 40-an.

“Lelaki terbabit yang baru tiba di jeti tersebut menaiki feri dari Batam Indonesia ditemui bersama lima cicak tersebut yang diletakkan di dalam botol mineral setiap satu dan dimasukkan ke dalam kotak sebagai barang ‘hand carry’ sebelum dikesan mesin pengimbas,” katanya pada satu sidang media, di sini, semalam.

Siti Nur berkata, cicak terbabit dihantar ke Maqis Bangunan Sultan Iskandar untuk disimpan di stor sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Katanya, cicak Tokke itu bernilai RM80,000 keseluruhan itu ditahan kerana dibawa masuk ke negara ini tanpa permit dengan melanggar Akta Pemuliharaan Liar 2010.

Beliau berkata, lelaki terbabit bagaimanapun dilepaskan namun telah diambil rekod keterangan dan peribadi untuk tindakan lanjut, yang difahamkan sebagai ejen pembawa.

Katanya, nilai cicak itu dipercayai mampu mencecah RM35,000 setiap satu mengikut saiz dan spesies jenisnya.

Tokke atau nama binomial Gecko ini dikatakan mampu merawat penyakit HIV dengan menggunakan air liurnya dan darah dan hempedu haiwan itu dikatakan boleh merawat penyakit kanser.

sumber: Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Free Backlink